VISI & MISI SURAU AL-MARDHIYYAH

VISI

MEMBUDAYAKAN SYAKHSIAH TERPUJI
MEMBENTUK GENERASI BERKUALITI


MISI

MENGUPAYAKAN KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTERASKAN PRINSIP DAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAPAT MEREALISASIKAN UMAT GEMILANG

Wednesday 27 July 2016

Apa Selepas Ramadhan?

0 Comments
Al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata:
من عمل طاعة من الطاعات و فرغ منها فعلامة قبولها أن يصلها بطاعة أخرى و علامة ردها أن يعقب تلك الطاعة بمعصية ما أحسن الحسنة بعد السيئة تمحوها و أحسن منها بعد الحسنة تتلوها و ما أقبح السيئة بعد الحسنة تمحقها و تعفوها ذنب واحد بعد التوبة أقبح من سبعين ذنبا
”Sesiapa yang melakukan ketaatan kepada Allah, dan selesai pula melaksanakannya. Antara tanda diterimanya amalan tersebut adalah dia akan berterusan melakukan ketaatan yang lain selepas itu. Manakala antara tanda tertolaknya sesuatu amalan ialah apabila amalan itu diikuti dengan sesuatu maksiat. Apa sahaja kebaikan yang dilakukan selepas kejahatan, akan menghapuskan kejahatan tersebut, dan sudah pasti yang terbaik ialah melakukan kebaikan selepas melakukan kebaikan yang lain. Yang paling buruk ialah melakukan kejahatan selepas kebaikan yang akan menghapuskan kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan. Melakukan dosa selepas seseorang bertaubat itu lebih buruk daripada tujuh puluh dosa sebelumnya. [Lathoif al-Maarif m/s 193]






Wajar kita renungi kata-kata Ibn Rajab al-Hanbali di atas. Kita takut jika keadaan kita selepas Ramadhan bertambah buruk, ia merupakan isyarat daripada Allah bahawa amalan kita ditolak oleh Nya.
Oleh kerana itu wajar kita meneruskan momentum Ramadhan dengan berterusan melakukan amal kebaikan, walaupun boleh jadi tidak sekental dalam bulan Ramadhan.

Antara amalan kebajikan yang wajar dilakukan berterusan adalah:
a) Solat berjemaah di masjid untuk lelaki
b) Berterusan melakukan puasa-puasa sunat
c) Berterusan melakukan solat malam/Qiamullail walaupun sekadar dengan satu rakaat witir sebelum tidur
d) Bersedekah
e) Membaca al-Quran

Berdoalah agar kita menjadi insan yang istiqamah dalam melakukan ibadah.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، أَنَّهَا قَالَتْ : سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ ؟ قَالَ : ” أَدْوَمُهَا ، وَإِنْ قَلَّ ، وَقَالَ : اكْلَفُوا مِنَ الْأَعْمَالِ مَا تُطِيقُونَ
‘Aisyah r.a berkata: Rasulullah s.a.w ditanya ‘Amal apakah yang paling dicintai Allah?’. Baginda s.a.w pun menjawab: Yang berterusan walaupun sedikit. Bebanilah diri kalian dengan amal-amal yang mampu kalian lakukan. [Sahih al-Bukhari : 6013]

Ingatlah kata-kata Dr. Yusuf al-Qaradawi:

كان السلف يقولون بئس القوم قوم لا يعرفون الله إلا في رمضان، كن ربانياً ولا تكن رمضانياً

Generasi salaf (generasi awal Islam) berkata: Seburuk-buruk manusia ialah yang tidak mengenali Allah kecuali dalam bulan Ramadhan. Jadilah manusia yang menyembah Tuhan, bukan manusia yang menyembah Ramadhan. [http://qaradawi.net/2010-02-23-09-38-15/4/6099-2012-08-11-17-37-22.html]

SALAM AIDILFITRI 1437H DARI KAMI WARGA SEKASEH 2016


Thursday 14 July 2016

Solat Hajat & Bacaan Yaasin

0 Comments
Surau Al- Mardhiyyah meneruskan aktiviti mingguan mereka sebagai salah satu usaha membantu murid-murid tahun 6 dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Aktiviti Solat Hajat dan bacaan yaasin ini boleh dikatakan telah menjadi rutin mingguan setiap hari jumaat .


Mudah- mudahan segala usaha yang dilakukan dapat membantu sedikit sebanyak persediaan murid-murid tahun 6 menghadapi peperiksaan dengan tenang dan menatijahkan keputusan yang cemerlang di dunia mahupun di akhirat, in syaa' Allah.



SEKASEH Gemilang!!!

Tuesday 12 July 2016

Penilaian Surau Sempena Pertandingan Pengimarahan Surau Sekolah

0 Comments
13 Julai 2016M
8 Syawal 1437H

Alhamdulillah, Surau Al- Mardhiyyah pada hari ini telah menerima kunjungan panel penilai bahagian pertandingan pengimarahan Surau Sekolah.

Panel sedang tekun menilai fail-fail surau


Terima kasih tidak terhingga kepada Ustaz Sufian, Ustazah Roslina, Ustazah Siti Laminah dan Ustazah Fatma. Semoga kehadiran kalian meningkatkan semangat kami untuk terus mengimarahkan surau demi kecemerlangan anak2 SK Taman Selasih.

Sunday 10 July 2016

Saturday 2 July 2016

Surau Al Mardhiyyah Kini

0 Comments
Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. 

Surau Al Mardhiyyah kini telah berubah wajah setelah dicat dan dihias semula hasil kerjasama pihak sekolah, ahli jawatankuasa surau(panitia agama Sekolah Kebangsaan Taman Selasih, juga kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG). 

Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat...

Di bawah ini sedikit perkongsian gambar terkini surau Al Mardhiyyah












 
back to top