VISI & MISI SURAU AL-MARDHIYYAH

VISI

MEMBUDAYAKAN SYAKHSIAH TERPUJI
MEMBENTUK GENERASI BERKUALITI


MISI

MENGUPAYAKAN KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTERASKAN PRINSIP DAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAPAT MEREALISASIKAN UMAT GEMILANG

Sunday 20 May 2018

Salam Ramadhan 2018

0 Comments


Assalamualaikum dan Ramadan Karim.

Kami dari guru-guru panitia Pendidikan Islam mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa pada bulan Ramadan 1439H kali ini. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah Taala.

Sepanjang Ramadan ini, Panitia Pendidikan Islam telah merancang beberapa program,aktiviti untuk mengimarahkan bulan Ramadan yang mulia ini. antaranya ialah :


  • Tadarus Al-Quran
  • Halwa Ramadan
  • Ceramah Nuzul Al-Quran
  • Majlis Khatam Al-Quran
  • Risalah Ramadan
  • Tazkirah
  • Kuiz
  • Iftor Jama'ie
  • Bacaan Yaasin

Semoga aktiviti-aktiviti yang direncanakan dapat berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak.

Thursday 12 April 2018

Thursday 5 April 2018

Bacaan Yaasin Bulanan siri 9/2018 (Tahun 6)

0 Comments
Menjadi rutin Surau Al-Mardhiyyah mengadakan bacaan yaasin secara bergilir2 bagi setiap aliran. Pada kali ini, jumaat 6 April 2018, bacaan yaasin diteruskan dengan tahun 6. Untuk pengetahuan, ini merupakan siri yabg ke sembilan bagi tahun 2018. 

Majlis diketuai oleh Al- Fadhil Ustaz Khairul Anuar Bin Yahya. Majlis turut dihadiri oleh guru- guru yang mengajar tahun pada waktu semasa. Kehadiran tuan guru besar juga menunjukkan betapa konsisten dan komitmen yang besar dalam melihat kemenjadian murid2 SKTS. 










Sekalung perhargaan kepada semua guru-guru yang dapat ikut serta dalam majlis bacaan yaasin kali ini. Semoga Allah makbulkan segala doa kita. 

Wednesday 21 March 2018

Sunday 4 March 2018

Sekitar gotong royong Surau

0 Comments
3 Mac 2018- Pihak Surau Al-Mardhiyyah dengan kerjasama pentadbiran SK Taman Selasih telah menganjurkan satu program gotong royong perdana yang melibatkan semua guru agama serta guru-guru lain. Program ini mendapat sambutan dan kerjasama yang menggalakkan bukan sahaja dari kalangan guru-guru, bahkan turut disertai oleh YDP PIBG, Barisan AJK PIBG dan ibu bapa yang turut hadir bagi bersama-sama menggembleng tenaga agar program berjalan dengan lancar dan berjaya.


"Yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing"


Pihak Surau Al-Mardhiyyah dan warga SK Taman Selasih amat berbesar hati atas segala sokongan dan kerjasama yang padu daripada semua pihak, semoga Allah membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran. Namun begitu, perjuangan masih belum selesai, pihak kami masih memerlukan sokongan,kerjasama dan bantuan dari kalian semua bagi memastikan misi dan visi Surau Al-Mardhiyyah dapat dicapai dengan jayanya.




     

Video : Sekitar program gotong royong perdana Surau Al-Mardhiyyah 2018


Bagi yang berkelapangan bolehlah berurusan dengan panitia Agama Islam untuk sebarang bantuan,sumbangan idea,tenaga,kewangan dan sebagainya...in syaa' Allah segalanya akan dinilai dan dihitung oleh Allah Taala..


-Laporan :Wartawan Surau Al-Mardhiyyah

Monday 5 February 2018

Mesyuarat Panitia Agama Islam 2018

0 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada tahun 2018 ini merupakan satu cabaran yang perlu disahut oleh guru-guru panitia agama kerana surau Al-Mardhiyyah telah dicalonkan untuk menyertai pertandingan di peringkat Negeri Selangor bagi mewakili daerah Gombak.

Mesyuarat yang diadakan buat kali kedua pada tahun ini adalah berfokus gerak kerja panitia bagi menyahut cabaran yang tersebut.

Semoga segala usaha yang akan dilakukan dapat berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan oleh Allah Taala. In syaa'Allah

-admin-

 
back to top