VISI & MISI SURAU AL-MARDHIYYAH

VISI

MEMBUDAYAKAN SYAKHSIAH TERPUJI
MEMBENTUK GENERASI BERKUALITI


MISI

MENGUPAYAKAN KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTERASKAN PRINSIP DAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAPAT MEREALISASIKAN UMAT GEMILANG

Wednesday 21 March 2018

Sunday 4 March 2018

Sekitar gotong royong Surau

0 Comments
3 Mac 2018- Pihak Surau Al-Mardhiyyah dengan kerjasama pentadbiran SK Taman Selasih telah menganjurkan satu program gotong royong perdana yang melibatkan semua guru agama serta guru-guru lain. Program ini mendapat sambutan dan kerjasama yang menggalakkan bukan sahaja dari kalangan guru-guru, bahkan turut disertai oleh YDP PIBG, Barisan AJK PIBG dan ibu bapa yang turut hadir bagi bersama-sama menggembleng tenaga agar program berjalan dengan lancar dan berjaya.


"Yang berat sama dipikul,yang ringan sama dijinjing"


Pihak Surau Al-Mardhiyyah dan warga SK Taman Selasih amat berbesar hati atas segala sokongan dan kerjasama yang padu daripada semua pihak, semoga Allah membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran. Namun begitu, perjuangan masih belum selesai, pihak kami masih memerlukan sokongan,kerjasama dan bantuan dari kalian semua bagi memastikan misi dan visi Surau Al-Mardhiyyah dapat dicapai dengan jayanya.




     

Video : Sekitar program gotong royong perdana Surau Al-Mardhiyyah 2018


Bagi yang berkelapangan bolehlah berurusan dengan panitia Agama Islam untuk sebarang bantuan,sumbangan idea,tenaga,kewangan dan sebagainya...in syaa' Allah segalanya akan dinilai dan dihitung oleh Allah Taala..


-Laporan :Wartawan Surau Al-Mardhiyyah
 
back to top