VISI & MISI SURAU AL-MARDHIYYAH

VISI

MEMBUDAYAKAN SYAKHSIAH TERPUJI
MEMBENTUK GENERASI BERKUALITI


MISI

MENGUPAYAKAN KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTERASKAN PRINSIP DAN FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM DAPAT MEREALISASIKAN UMAT GEMILANG

Wednesday 15 March 2017

Pemantauan Para Hakim Peringkat Daerah 2017

0 Comments
Asslamualaikum dan salam sejahtera,

Pihak surau Al-Mardhiyyah telah didatangi oleh para hakim yang akan mengadili surau kami bagi pertandingan imarah surau bagi peringkat daerah bagi tahun 2017.




Pihak Surau Al- Mardhiyyah mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan pihak hakim dan kami amat berbesar hati atas kunjungan para hakim yang menjalankan amanah :

1) Ustaz Mohd Norini
2) Ustaz Yusri
3) Ustazah Site Laminah
4) Ustazah Roslina




Pihak Surau Al-Mardhiyyah sudah cuba untuk berusaha sebaik mungkin untuk menawan hati barisan hakim, semoga Surau Al-Mardhiyyah berjaya untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya..Aamin.

Sama-sama doakan.~


Sekitar suasana penghakiman :













Sunday 12 March 2017

LOGO RASMI SURAU AL-MARDHIYYAH

0 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, segala puji kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Dalam mengorak langkah ke hadapan, surau Al-Mardhiyyah membuka lembaran 2017 dengan melangkah setapak lagi dengan mewujudkan logo rasmi bagi surau. Logo yang dimaksudkan seperti di bawah :

LOGO SURAU AL-MARDHIYYAH

Alhamdulillah, semoga dengan wujudnya logo ini, Surau Al-Mardhiyyah akan lebih maju dalam melaksanakan agenda tarbiyah kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Taman Selasih khasnya dan untuk semua warga sekitar sekolah amnya.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Syamshul Bin Sidik, di atas kerja yang dilakukan khusunya dalam mencipta dan memperkenalkan logo surau ini.

Sedikit perincian maklumat berkaitan logo surau :

1) Kubah :
- Kubah menjadi simbol keutuhan(gah) Islam khasnya sebagai agama rasmi di Malaysia. justeru kubah menjadi asas pegangan yang kukuh kepada Panitia Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Taman Selasih.

2) Lengkuk Berbentuk Payung  :
- Lengkuk ini menunjukkan bahawa surau Al-Mardhiyyah menjadi naungan kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Taman Selasih, tempat yang menghidupkan akhlak yang terpuji, mengembangkan dakwah Islam dan pusat tarbiyah ke arah mendekatkan diri kepada Allah.

3) Tulisan
- Tulisan nama Surau Al-Mardhiyyah yang berada di bawah kubah dan lengkuk berbentuk payung menunjukkan surau adalah berteraskankan kepada dua perkara yang disebut dalam keterangan kubah dan lengkuk berbentuk payung.

Semoga Panitia Pendidikan Islam SK Taman Selasih akan lebih maju dan komitmen dalam menebarkan risalah Islam serta jiwa Islam ke dalam seluruh warga sekolah dan warga sekitar. Aamin.
 
back to top